Tuesday, September 29, 2009

TEKS UCAPAN YBrs. PENGERUSI PUSPANITA JAJAHAN GUA MUSANG

TEKS UCAPAN

YBrs. PENGERUSI PUSPANITA JAJAHAN GUA MUSANG

SEMPENA MESYUARAT AGONG PUSPANITA

GUA MUSANG PADA 13 APRIL 2009

YBHG DATIN PENGERUSI PUSPANITA NEGERI KELANTAN,

YABrs. KETUA JAJAHAN GUA MUSANG MERANGKAPPENASIHAT PUSPANITA JAJAHAN GUA MUSANG

AHLI-AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA

PUAN-PUAN, HADIRAT YANG DI HORMATI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM W.R.T DAN SALAM SEJAHTERA

SETINGGI KESYUKURAN SAYA PANJATKAN KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN HIDAYAT YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH S.W.T. KEPADA KITA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA MENYEMPURNAKAN MESYUARAT AGONG PUSPANITA JAJAHAN GUA MUSANG KALI KE 10 TAHUN 2009 INI.

HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,

PADA KESEMPATAN INI, SAYA SELAKU PENGERUSI PUSPANITA GUA MUSANG MEWAKILI SELURUH JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN GUA MUSANG MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN PADA KALI INI.

UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YBHG DATIN HAJJAH ROSNELI BINTI KUNDUR, PENGERUSI PUSPANITA NEGERI KELANTAN KERANA SUDI HADIR BAGI MERASMIKAN MESYUARAT PUSPANITA JAJAHAN GUA MUSANG PADA TAHUN INI. KESUDIAN DAN KESUNGGUHAN YANG YBHG DATIN' TUNJUKKAN MENCERMINKAN BETAPA YBHG DATIN SANGAT PRIHATIN DAN MEMBERI PERHATIAN KEPADA KEBAJIKAN KAUM IBU YANG MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA KEJAYAAN KAUM BAPA. SESUNGGUHNYA AHLI-AHLI PUSPANITA DI JAJAHAN INI SANGAT-SANGAT BERBANGGA DAN BERBESAR HATI DIATAS PERHATIAN YANG DIBERIKAN DAN AKAN MENJADIKANNYA PEMANGKIN UNTUK KAMI TERUS MEMBERI KOMITMEN DALAM PROGRAM-PROGRAM PERSATUAN.

PERAHU MUDIK DI AIR TENANG,

HAMPIR KARAM PENUH MUATAN,

JASA DATIN TETAP DIKENANG,

MUDAHAN HIDUP DALAM KEBERKATAN

TIDAK LUPA JUGA UCAPAN DAN PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA DITUJUKAN KEPADA YABrs. TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI SAMAH SELAKU PENASIHAT PUSPANITA JAJAHAN YANG MENJADI PENDORONG DAN SENTIASA MEMBERI SEGALA KEMUDAHAN UNTUK PERSATUAN INI UNTUK BERGERAK DENGAN LEBIH MAJU LAGI.

HADIRAT SEKALIAN,

PERTAMANYA SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA SELURUH AHLI JAWATANKUASA YANG TELA BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI. TIDAK LUPA JUGA KEPADA SEMUA AHLI PUSPANITA JAJAHAN INI. SESUNGGUHNYA KEHADIRAN PUAN-PUAN PADA HARI INI JUGA MELAMBANGKAN KEWIBAWAAN SERTA KEAZAMAN YANG ADA PADA KAUM WANITA MASA KINI YANG TIDAK BOLEH DIPERKECILKAN.

ISLAM TELAH MELETAKKAN WANITA DI KEDUDUKAN YANG TERSENDIRI SEBAGAIMANA KAUM LELAKI DENGAN JAMINAN HAK, KEISTIMEWAAN, PERANAN SERTA TANGGUNGJAWAB. SEJAJAR DENGAN ITU, WANITA MASAKINI TELAH MENCAPAI SATU TAHAP YANG TERBAIK DALAM BANYAK ASPEK KEHIDUPAN SAMA ADA DALAM ASPEK EKONOMI, SOSIAL DAN PROFESYEN. BAHKAN SERINGKALI KEMAMPUAN YANG DITUNJUKKAN DAPAT MENANDINGI KEMAMPUAN KAUM LELAKI.

PADA HARI INI, KITA TIDAK LAGI MEMPERKATAKAN TENTANG PERBEZAAN TAHAP ANTARA KAUM LELAKI DAN KAUM WANITA KERANA LELAKI DAN WANITA SALING MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN.

HADIRAT YANG DIHORMATI SEKELIAN

WALAUPUN PUSPANITA ANGGOTANYA ADALAH WANITA YANG TERDIRI DARIPADA IBU-IBU DAN ISTERI YANG MEMPUNYAI KOMITMEN YANG BANYAK TERHADAP RUMAHTANGGA NAMUN KITA MASIH MAMPU MELUANGKAN MASA UNTUK PERSATUAN KITA SERTA MENGATUR DAN MENGIKUTI PROGRAM-PROGRAM DAN AKTIVITI BAIK DIPERINGKAT JAJAHAN MAHUPUN DIPERINGKAT NEGERI.

DENGAN KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN YANG DIPAMERKAN OLEH AHLI-AHLI MEMBOLEHKAN PERSATUAN TERUS BERGERAK MAJU LEBIH KEHADAPAN SETERUSNYA MENJADI YANG TERBAIK BAGI WANITA-WANITA DI JAJAHAN INI BERAKTIVITI DAN MENABUR BAKTI KEPADA MASYARAKAT.

ALHAMDULILLAH, PADA TAHUN 2008, DISAMPING KITA MENJALANKAN PROGRAM YANG DIRANGKA DIPERINGKAT JAJAHAN DAN NEGERI, KITA JUGA TELAH MENERIMA KERJASAMA DARIPADA PUSPANITA KEBANGSAAN APABILA TELAH MEMBERI PERUNTUKAN KEPADA KITA UNTUK MENGADAKAN TIGA PROGRAM DI PERINGKAT JAJAHAN IAITU KURSUS MOTIVASI UNTK ANAK-ANAK PUSPANITA PADA 10 MEI 2008, MAJLIS KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PENGERUSI PUSPANITA PADA 13 MEI 2008 DAN PROGRAM ICT PADA 26 JUN 2008.

PADA TAHUN INI KITA BERHARAP AKAN MENDAPAT KERJASAMA YANG LEBIH BAIK DARIPADA SMUA PIHAK AGAR PUSPANITA DAPAT MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG LEBIH BANYAK DAN YANG LEBIH MEMBERI FAEDAH KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN KHUSUSNYA DAN SELURUH MASYARAKAT WANITA AMNYA.

HADIRAT SEKALIAN,

BERSEMPENA DENGAN MESYUARAT AGONG PADA KALI INI, PUSPANITA JAJAHAN GUA MUSANG AKAN MENGADAKAN PEMILIHAN ALI JAWATANKUASA YANG BARU YANG AKAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SERTA MENGHARUNGI CABARAN-CABARAN YANG AKAN DIHADAPI DALAM MENGGERAKKAN PERSATUAN INI.

KEPADA JAWATANKUASA YANG AKAN DILANTIK, SAYA BERHARAP AGAR MEREKA DAPAT MEMULAKAN LANGKAH DENGAN MENZAHIRKAN VISI SERTA MISI YANG JELAS KEPADA PERSATUAN. DAN KEPADA SEMUA AHLI, BERILAH SOKONGAN YANG JITU KEPADA MEREKA INI KERANA TANPA SOKONGAN DARIPADA AHLI-AHLI, PERTUBUHAN INI IBARAT PERAHU TIADA PENDAYUNG.

KOMITMEN YANG TINGGI JUGA PERLU DIBERIKAN DALAM SETIAP AKTIVITI YANG DIGERAKKAN DAN JADIKANLAH KEBAJIKAN AHLI SEBAGAI AGENDA UTAMA DALAM SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN.

TIDAK LUPA JUGA SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN SYABAS KEPADA AHLI-AHLI JAWATANKUASA YANG LALU DI ATAS KOMITMEN SERTA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN. TANPA USAHA DAN BANTUAN KALIAN. SAYA TIDAK AKAN DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN SEMPURNA.

AKHIR SEKALI, SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA DAN AHLI-AHLI SERTA MANA-MANA INDIVIDU YANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG YANG TELAH SAMA-SAMA MENYUMBANG TENAGA, MASA, BUAH FIKIRAN BAGI MENJAYAKAN MESYUARAT AGONG PADA KALI INI.

DIIRIK HANYA PADI

DIPINANG SI GADIS DESA

DIINGAT HANYA BUDI

DIKENANG HANYA JASA

SEKIAN, SELAMAT MAJU JAYA

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

WABARAKATUH

No comments:

Post a Comment

Post a Comment