Tuesday, September 29, 2009

MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TEKS UCAPAN

YABrs. KETUA JAJAHAN GUA MUSANG

MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM W.R.T WABARAKATUH

SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN DAN PUJIAN KE HADRAT ALLAH S.W.T. DI ATAS ANUGERAH TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KITA SEKALIAN, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN TERTINGGI NABI MUHAMMAD S.A.W. SEKELIAN PARA SAHABAT, PARA TABI’IN DAN MEREKA YANG MENGIKUTI JEJAK LANGKAH BAGINDA HINGGA KE HARI QIAMAT.

MENGADAP YANG TERAMAT MULIA TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PERTA, TENGKU MAHKOTA KELANTAN DENGAN KEBESARAN DAN KEMULIAANNYA.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN.

PATIK DENGAN PENUH HORMAT TAKZIM, MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI JUNJUNGAN KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN DIATAS AMPUNI PERKENAN, BERANGKAT UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN KEPADA PARA ASNAF DIJAJAHAN INI DALAM SUASANA PENUH CERIA PADA HARI YANG BERSEJARAH INI.

SESUNGGUHNYA KEBERANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN KE JAJAHAN GUA MUSANG PADA HARI YANG BERSEJARAH INI MEMBERI ERTI YANG CUKUP BESAR TERHADAP SEKALIAN HAMBA RAKYAT. KEBERANGKATAN INI JUGA MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA KESINAMBUNGAN TRADISI KEPERIHATINAN USRAH DIRAJA TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN HAMBA RAKYAT DIBAWAH NAUNGAN KEBESARAN DULI-DULI TUANKU. DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PEREMPUAN SENDIRI JUGA TELAH AMPUNI PERKENAN BERANGKAT KE JAJAHAN INI PADA 21 OGOS 2008 AKAN DATANG BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENGURNIAAN D’RAJA DAN INI MEMBUKTIKAN SELURUH USRAH D’RAJA KELANTAN MENGAMBIL BERAT DAN PRIHATIN SERTA MEMBERI PERHATIAN KEPADA PACAL-PACAL HAMBA RAKYAT YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIJAJAHAN INI.

SEMOGA KEMURAHAN DAN JASA BAIK TUANKU SEKALIAN DIBERI GANJARAN OLEH ALLAH S.W.T.

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-AN-AM AYAT 160:

MAKSUDNYA : BARANG SIAPA YANG MELAKUKAN KEBAIKAN / KEBAJIKAN MAKA DIBALAS ALLAH DENGAN 10 KALI GANDA AMALANNYA.

DAN KEPADA RAKYAT YANG MENERIMA KURNIAAN PADA HARI INI DIHARAP DAPAT BERSYUKUR DAN MENGGUNAKANNYA DENGAN BAIK LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN KEDATANGAN RAMADHAN YANG SEMAKIN HAMPIR.

DALAM SURAH IBRAHIM AYAT 7 ALLAH S.W.T. BERFIRMAN:

MAKSUDNYA : DAN (INGATLAH) TAT KALA TUHAN KAMU MEMBERITAHU: “DEMI SESUNGGUHNYA JIKA KAMU BERSYUKUR NESCAYA AKU AKAN TAMBAHI LAGI NIKMATKU KEPADA MU DAN SEBALIKNYA KALAU KAMU KUFUR, SESUNGGUHNYA AZAB AKU AMATLAH PEDIH”.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

PATIK INGIN MENYEMBAH MAKLUM BAHAWA SEMPENA MAJLIS PENGURNIAAN PADA HARI INI, SERAMAI 50 PENERIMA AKAN MENERIMA KURNIAAN BANTUAN DARIPADA YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN, MEREKA INI DATANG DARI SEGENAP PELUSUK JAJAHAN INI DAN MERUPAKAN GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK.

SESUNGGUHNYA PATIK DAN HAMBA RAKYAT BERASA TERHARU DAN KAGUM DIATAS KESUNGGUHAN YANG DITUNJUKKAN OLEH YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN KERANA SEBENTAR TADI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN TELAH BERANGKAT SENDIRI KE KAMPUNG BATU PAPAN DAN KAMPUNG LIMAU KASTURI, GUA MUSANG UNTUK MENGURNIAKAN BANTUAN KEPADA BEBERAPA BUAH KELUARGA MISKIN DAN BERAMAH MESRA DENGAN SELURUH AHLI KELUARGA BERKENAAN. PROGRAM SEPERTI INI SEMATA-MATA UNTUK YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN MENYELAMI DAN MELIHAT SENDIRI BERHUBUNG DENGAN PAHIT MAUNG, PENAT JERIH HAMBA RAKYAT DALAM MELAYARI BAHTERA KEHIDUPAN DALAM SUASANA SERBA KEKURANGAN DAN KEDHAIFAN.

DALAM SEJARAH ISLAM TELAH TERCATAT BAGAIMANA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB SETELAH DIANGKAT MENJADI KHALIFAH MENGGANTIKAN KHALIFAH ISLAM YANG PERTAMA SAIDINA ABU BAKAR ASSIDDIQ TELAH MELAKSANAKAN PEMERINTAHAN YANG MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT YANG MISKIN. DALAM SATU PERISTIWA MASYHUR, BAGINDA TELAH KELUAR RUMAH DIWAKTU MALAM UNTUK MELIHAT SENDIRI KEADAAN RAKYATNYA DAN AKHIRNYA BAGINDA TERJUMPA SATU KELUARGA IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAKNYA YANG KELAPARAN. BAGINDA MELIHAT SENDIRI SI IBU MEMASAK BATU AGAR ANAK-ANAKNYA BERHENTI MENANGIS KERANA MENYANGKA IBU MEREKA MEMASAK MAKANAN UNTUK MEREKA SEHINGGALAH MEREKA TERTIDUR, MELIHAT KEADAAN INI, KHALIFAH UMAR BERASA TERHARU DAN BERGEGAS PULANG KE GUDANG GANDUM DAN MENGAMBIL SEKARUNG GANDUM LALU MEMBAWANYA SENDIRI KEPADA IBU MISKIN BERKENAAN.

SIKAP DAN TAULADAN YANG DITUNJUKKAN OLEH SADINA UMAR AL-KHATTAB TURUT DIWARISI OLEH CUCUNYA SENDIRI IAITU KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ SEWAKTU PEMERINTAHANNYA.

BEGITU JUGALAH YANG DITUNJUKKAN OLEH YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN, SANGGUP MENCEMAR DULI TURUN SENDIRI KE KAMPUNG-KAMPUNG BAGI MENZIARAHI KELUARGA-KELUARGA MISKIN UNTUK BERKONGSI KEPERITAN HIDUP MEREKA.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

SESUNGGUHNYA TELAH BEGITU BANYAK USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH PIHAK ISTANA KHASNYA OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN KELANTAN DAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PEREMPUAN KELANTAN DALAM MENANGANI DAN MEMBELA GOLONGAN MISKIN KHUSUSNYA DIJAJAHAN INI DAN AMNYA DI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG. LEBIH MEMBANGGAKAN LAGI USAHA-USAHA YANG TELAH DAN SEDANG DILAKSANAKAN ADALAH TERBIT DARI IDEA-IDEA DARIPADA DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PEREMPUAN SENDIRI SEPERTI MENGADAKAN PROJEK D’RAJA, PROGRAM BANTUAN PEMBINAAN RUMAH MISKIN, PROGRAM TABUNG BERDIKARI, PROGRAM DERMA SISWA SULTAN ISMAIL PETRA, PROGRAM DERMA SISWA TENGKU ANIS DAN PROGRAM SINAR HARAPAN TERNYATA TELAH MAMPU MENAMPAK DAN MENDATANGKAN IMPAK YANG BAIK YANG TELAH MENJADI SEBUTAN, PUJIAN, SERTA KEBANGGAAN SELURUH HAMBA RAKYAT DISEGENAP PELUSUK NEGERI DAN NEGARA.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

DEMIKIANLAH PERSEMBAHAN UCAPAN PATIK YANG TIDAK SEPERTINYA INI DAN PATIK MEMOHON UNTUK MENGAKHIRI PERSEMBAHAN UCAPAN DENGAN SEKALI LAGI BERDATANG SEMBAH MENGUCAPKAN JUNJUNG KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DIATAS KEBERANGKATAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN PADA HARI YANG BERSEJARAH INI.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

PATIK INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG BANYAK MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM INI TERUTAMA SEKALI PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN DAN PEJABAT SULTAN KELANTAN. UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA PATIK TUJUKAN KEPADA SEMUA PIHAK DI PERINGKAT JAJAHAN YANG BANYAK MEMBANTU TERUTAMA SEKALI ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT, TENAGA NASIONAL DAN LAIN-LAIN LAGI.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN

BAGI MENGAKHIRI PERSEMBAHAN UCAPAN, PATIK BERDATANG SEMBAH MEMOHON AMPUN JIKALAU ADA APA-APA KELEMAHAN SEMASA MAJLIS INI BERLANGSUNG. SESUNGGUHNYA KELEMAHAN ITU ADALAH KEKURANGAN PATIK-PATIK SEKELIANNYA DAN KESEMPURNAAN ADALAH DATANGNYA DARIPADA ALLAH S.W.T.

PATIK DAN SELURUH HAMBA RAKYAT DALAM JAJAHAN GUA MUSANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN SEJILAH-SEJILAH HATI MENADAH KEDUA-DUA BELAH TANGAN BERDOA KE HADRAT ALLAH S.W.T., TUHAN MAHA BERKUASA, MAHA AGUNG AGAR DILANJUTKAN USIA ZAMAN PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN KELANTAN, DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PEREMPUAN KELANTAN DAN PADUKA ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI SERTA SELURUH USRAH D’RAJA SEKALIANNYA AGAR SENTIASA BERADA DI DALAM KANDUNGAN SIHAT WALAFIAT SERTA BERLIPAT GANDA DAULAT DAN KEBERKATAN DULI-DULI TUANKU, KEKAL QARAR MEMERINTAH NEGERI KELANTAN DALAM KEADAAN AMAN SEJAHTERA DAN SIHAT WALAFIAT UNTUK TERUS MEMERINTAH DAN MEMAYUNGI SELURUH PACAL HAMBA RAKYAT DENGAN SEADIL-ADILNYA DENGAN KASIH SAYANG DAN SENTIASA MENDAPAT CURAHAN RAHMAT ALLAH S.W.T.

AMIN YARABBALALAMIN

WABILLAHITAUFIKWALHIDAYAH

WASSALAMUALAIKUM W.B.T

No comments:

Post a Comment

Post a Comment