Tuesday, September 29, 2009

TEKS UCAPAN YABrs. KETUA JAJAHAN GUA MUSANG

TEKS UCAPAN

YABrs. KETUA JAJAHAN GUA MUSANG

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

PERINGKAT GUA MUSANG PADA

20 MEI 2009

1. YANG MULIA SAUDARA PENGERUSI MAJLIS

2. YB DATO’ MOHD AMAR BIN NIK ABDULLAH

EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN

3. AL-FADHIL PEGAWAI AGAMA JAJAHAN GUA MUSANG

4. IMAM MASJID MUKIM BATU PAPAN

5. KETUA JABATAN NEGERI / PERSEKUTUAN

6. PARA HADIRI SEKALIAN

TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA PANJATKAN RASA SYUKUR KEHADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA KUDRAT DAN IRADATNYA DAPAT KITA SAMA-SAMA DALAM MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG. SEMOGA DENGAN KEBERKATAN MAJLIS PADA MALAM INI, KITA AKAN DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH S.W.T LIMPAHAN RAHMAT SERTA KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS KESUDIAN YANG BERHORMAT DATO’ MOHD AMAR YANG TELAH DAPAT MELUANGKAN MASA UNTUK HADIR BERSAMA KITA PADA MALAM INI WALAUPUN DALAM KESIBUKAN SERTA RUANG MASA YANG TERHAD UNTUK MERASMIKAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG TAHUN 1430H. INI MENGGAMBARKAN KEPRIHATINAN YB DATO’ TERHADAP AKTIVITI PEMBANGUNAN ISLAM DI JAJAHAN INI YANG MELANGKAUI SEGALANYA.

BEGITU JUGA KEHADIRAN TUAN/PUAN PADA MALAM INI MENUNJUKKAN KESEDARAN KITA BETAPA KITA TUNDUK KEPADA KEAGUNGAN KALAMULLAH, KITAB SUCI AL-QURAN YANG KITA SANJUNG DAN KITA JADIKAN SEBAGAI PERLEMBAGAAN KEHIDUPAN KITA YANG SEMENTARA INI, SESUAI DENGAN FIRMAN ALLAH S.W.T. :

“SEKIRANYA KAMI TURUNKAN AL-QURAN INI KE ATAS SEBUAH GUNUNG, NESCAYA ENGKAU MELIHAT GUNUNG ITU KHUSYUK SERTA PECAH BELAH KERANA TAKUTKAN ALLAH. DAN KAMI KEMUKAKAN KEPADA MANUSIA PERBANDINGAN-PERBANDINGAN (AMSAL) SUPAYA MEREKA MEMIKIRKAN” (AL-HASYR : 21)

DEMIKIANLAH KEHEBATAN AL-QURAN YANG TELAH DITURUNKAN SEBAGAI MUKJIZAT KEPADA UMAT MANUSIA UNTUK DIBACA, DIHAYATI DAN DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN.

YB DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

HADIRIN DAN HADIRAT,

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIHORMATI SEKELIAN

DALAM KEGAWATAN KITA PADA HARI INI BERDEPAN DENGAN SEGALA MASALAH SOSIAL, KERUNTUHAN AKHLAK, KEPINCANGAN BUDAYA DAN SEBAGAINYA, KADANG-KADANG KITA LUPA KEPADA PESANAN ALLAH SUPAYA KEMBALI KEPADA AL-QURAN SEBAGAIMANA FIRMANNYA DALAM SURAH AL-ISRAK AYAT 82 :

“DAN KAMI TURUNKAN DENGAN BERANSUR-BERANSUR DARI AL-QURAN AYAT-AYAT SUCI YANG MENJADI UBAT PENAWAR DAN RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADANYA”

ALLAH S.W.T. MENYATAKAN DIDALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 2

“SESUNGGUHNYA IA LAH AL-QURAN YANG TIADA SEBARANG KERAGUAN PADANYA DAN MERUPAKAN PETUNJUK KEPADA ORANG YANG BERTAQWA”

AYAT TERSEBUT JELAS MEMPERUNTUKKAN JALAN KELUAR BAGI UMAT ISLAM UNTUK MERAWAT KEKALUTAN MASYARAKAT MASAKINI DENGAN KEMBALI KEPADA AJARAN SEBENAR YANG TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN.

OLEH YANG DEMIKIAN, MAJLIS TILAWAH AL-QURAN YANG DIADAKAN PADA MALAM INI MERUPAKAN FORUM YANG TERBAIK UNTUK MENDIDIK SERTA MENGAJAK MASYARAKAT BAGI MENGHAYATI BACAAN MERDU AL-QURAN SERTA KEINDAHANNYA DAN SETERUSNYA MEMAHAMI ISI KANDUNGANNYA UNTUK KITA TERJEMAHKAN DALAM TINDAKAN-TINDAKAN KITA UNTUK MENGHARUNGI CABARAN-CABARAN KEHIDUPAN MASAKINI.

YB DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

CABARAN UMAT ISLAM PADA HARI INI ADALAH BEGITU GETIR DENGAN SEGALA ANCAMAN YANG DIHADAPI DALAM PELBAGAI ASPEK.

DARI ASPEK KESELAMATAN, KITA DIUJI DENGAN KEANGKUHAN MUSUH-MUSUH ISLAM UNTUK MENINDAS SERTA MELEMAHKAN KEKUATAN YANG ADA PADA UMAT ISLAM DI SERATA DUNIA.

DARI ASPEK EKOMONI, KITA JAUH KETINGGALAN KE BELAKANG BERBANDING DENGAN BANGSA-BANGSA LAIN WALAUPUN KITA KAYA DENGAN SUMBER HASIL BUMI YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH S.W.T.

DAN DARI ASPEK SOSIAL PULA, KITA DIANCAM DENGAN HAKISAN NILAI-NILAI MURNI DALAM MASYARAKAT SERTA GENERASI BARU UMAT ISLAM. PELBAGAI BUDAYA LIAR YANG DIPENGARUHI KESESATAN TELAH MERASUK GENERASI MUDA KITA.

WALAU PELBAGAI KAJIAN, PANDANGAN SERTA LUAHAN YANG DIBERIKAN, SECARA REALITINYA IANYA BERPUNCA DARI KELEMAHAN KITA SENDIRI YANG SEMAKIN LALAI ATAU CULAS UNTUK MENGHAYATI AL-QURAN APATAH LAGI ANAK-ANAK KITA YANG SEMAKIN CANGGUNG AL-QURAN.

OLEH YANG DEMIKIAN, MARILAH SAMA-SAMA KITA ERATKAN KERJASAMA YANG SEDIA TERJALIN DI JAJAHAN GUA MUSANG INI UNTUK KITA DEKATKAN DIRI KITA DAN ANAK-ANAK KITA SERTA MASYARAKAT KITA DENGAN AL-QURAN MELALUI PELBAGAI PROGRAM SERTA AKTIVITI YANG BOLEH KITA RANCANG BERSAMA UNTUK MENGHIDUPKAN SEMULA BUDAYA AL-QURAN.

YB DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

ANTARA JALAN KELUAR KEPADA MASALAH KEMUNDURAN UMAT ISLAM PADA HARI INI IALAH “ILMU” SEBAGAIMANA YANG DIBERI KEUTAMAAN DALAM ISLAM SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH S.W.T. :

“KATAKANLAH ADAKAH SAMA ORANG-ORANG YANG BERILMU DENGAN ORANG-ORANG YANG TIDAK BERILMU” (AL-ZUMAR : 9)

ISLAM TELAH MELETAKKAN ILMU SEBAGAI ASAS KEHIDUPAN SERTA KETAKWAAN. DAN SUMBER ILMU BAGI UMAT ISLAM ADALAH AL-QURAN. ASAS KEILMUAN YANG DIAJAR OLEH AL-QURAN SENTIASA DIGANDINGKAN DENGAN KETAKWAAN. INI PENTING BAGI MELAHIRKAN MUKMIN YANG BERILMU SERTA BERTAKWA. AL-QURAN JUGA MENGIKTIRAF MARTABAT ORANG-ORANG YANG BERILMU SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH:

“ALLAH TELAH MENGANGKAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN DARI KALANGAN KAMU DAN ORANG-ORANG YANG BERILMU PENGETAHUAN BEBERAPA DARJAT” (AL-MUJADALAH : 11)

UMAT ISLAM PADA MASAKINI SEHARUSNYA MEMPELAJARI DARIPADA SEJARAH KEGEMILANGAN SILAM DI MANA PENGUASAAN ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI YANG DIGANDINGKAN DENGAN KETAKWAAN, TELAH MELETAKKAN UMAT ISLAM DI TEMPAT YANG TINGGI DI MATA DUNIA.

YB DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

PADA MALAM INI MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGHAYATI ALUNAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN YANG AKAN DIPERDENGARKAN OLEH PARA PESERTA DENGAN TARTIL ATAU MEMPERELOKKAN BACAAN DENGAN LAGU SERTA TAJWID. SESUNGGUHNYA BACAAN YANG ELOK LENGKAP DENGAN TARTIL DAN TERTIB MERUPAKAN PENGHORMATAN KEPADA KITAB ALLAH ITU SENDIRI SESUAI DENGAN HADIS RASULULLAH S.A.W :

زينوا اصواتكم بالقران

“PERINDAHKANLAH AL-QURAN DENGAN SUARA KAMU”

DI SAMPING ITU, KITA JUGA HENDAKLAH MENGHAYATI MAKSUD SERTA HIKMAH-HIKMAH YANG TERKANDUNG DI DALAM AYAT-AYAT SUCI TERSEBUT UNTUK KITA RENUNG DAN KITA JADIKAN IA SEBAGAI PEDOMAN.

YB DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,

SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN SAYA, SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH SAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS YANG MULIA PADA MALAM INI TERUTAMANYA PIHAK YB DATO’ MOHD AMAR DAN PIHAK QARYAH MASJID INI. SEMOGA SEGALA USAHA UNTUK MEMARTABATKAN AL-QURAN AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T. INSYAALAH

SEKIAN

WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH

WASSALAMUALAIKUM WRTا

No comments:

Post a Comment

Post a Comment