Tuesday, September 29, 2009

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN USAHASAMA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG DAN PROPADU ENGINEERING SDN BHD.

TEKS UCAPAN

YABrs. KETUA JAJAHAN GUA MUSANG

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN USAHASAMA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG DAN PROPADU ENGINEERING SDN BHD.

ASSALAMUALAIKUM W.R.T WABARAKATUH

SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN DAN PUJIAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHUWATA’ALA DI ATAS ANUGERAH TAUFIQ HIDAYAH KEPADA KITA SEKELIAN. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN TERTINGGI NABI MUHAMMAD S.A.W. SEKELIAN PARA SAHABAT, PARA TABI’IN DAN MEREKA YANG MENGIKUTI JEJAK LANGKAH BAGINDA HINGGA KE HARI QIAMAT.

MENGADAP KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARULNAIM.

DULI YANG MAHA MULIA TENGKU ANIS BINTI AL-MARHUM TENGKU ABDUL HAMID, RAJA PEREMPUAN KELANTAN.

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN

PATIK DENGAN PENUH HORMAT TAKZIM, MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI JUNJUNGAN KASIH KEPADA KE BAWAH DULI-DULI TUANKU DI ATAS AMPUNI PERKENAN, BERANGKAT MENCEMAR DULI KE MAJLIS INI SERTA MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN USAHASAMA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG DAN PROPADU ENGINEERING SDN BHD SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN KELANTAN YANG KE 59 TAHUN 2009.

SESUNGGUHNYA KEBERANGKATAN KE BAWAH DULI-DULI TUANKU DI MAJLIS YANG BERSEJARAH INI MERUPAKAN MANIFESTASI KEPRIHATINAN YANG MURNI KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI KELANTAN AMNYA DAN DI JAJAHAN GUA MUSANG KHASNYA.

AMPUN TUANKU,

PADA HARI INI BUKAN SAHAJA PARA PENIAGA, PELABUR DAN PENGUSAHA BAHKAN SELURUH HAMBA RAKYAT DI JAJAHAN INI AMAT BERBANGGA KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL DI MAJLIS YANG PENUH BERSEJARAH INI UNTUK MENYAKSIKAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN USAHASAMA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG DAN PROPADU ENGINEERING SDN BHD OLEH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN. DETIK INI SESUNGGUHNYA AMAT DINANTIKAN OLEH SELURUH HAMBA RAKYAT KHUSUSNYA DI JAJAHAN GUA MUSANG KERANA INI MENUNJUKKAN KEPADA MEREKA BETAPA PRIHATINNYA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU TERHADAP HAL EHWAL EKONOMI DAN PEMBANGUNAN DI JAJAHAN GUA MUSANG INI. MAKA DENGAN KEBERANGKATAN DULI-DULI TUANKU PADA HARI INI MELENYAPTENGGELAMKAN ANGGAPAN SELAMA INI BAHAWA JAJAHAN GUA MUSANG MERUPAKAN JAJAHAN TERPINGGIR DARI ARUS PEMBANGUNAN..

AKAR KELADI MELILIT SELASIH,

SELASIH TUMBUH DI PINGGIR HUTAN,

KEBAWAH DULI JUNJUNGAN KASIH,

MUDAHAN TUANKU BERTAMBAH KEDAULATAN

AMPUN TUANKU BERIBU AMPUN

SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN

SESUNGGUHNYA KEBERANGKATAN INI JUGA MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA KESINAMBUNGAN TRADISI KEPERIHATINAN DIRAJA TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN HAMBA RAKYAT DI BAWAH NAUNGAN KEBESARAN DULI-DULI TUANKU. SEMEMANGNYA, MASIH TERBAYANG DIHATI PACAL HAMBA RAKYAT KEKERAPAN TUANKU BERANGKAT MENCEMAR DULI KE JAJAHAN INI SEMATA –MATA INGIN MEMASTIKAN JAJAHAN YANG TERBESAR DI NEGERI KELANTAN INI TERUS MAJU DAN TIDAK TERSASAR DARI ARUS PEMBANGUNAN. LEBIH MEMBANGGAKAN LAGI USAHA-USAHA YANG TELAH DAN SEDANG DILAKSANAKAN DI JAJAHAN INI ADALAH TERBIT DARI IDEA-IDEA DARIPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN DAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PEREMPUAN SENDIRI. MAKA TIDAK HAIRANLAH TELAH TERTANAM KEJAP DAN TERSEMAT RAPI DILUBUK HATI PACAL HAMBA RAKYAT JELATA BAHAWA TUANKU ADALAH KETUA PEMERINTAH BERJIWA RAKYAT YANG MEMPUNYAI KEPERIHATINAN DAN KECAKNAAN YANG AMAT TINGGI, DI DALAM MEMASTIKAN PEMBANGUNAN DI SELURUH NEGERI BERJALAN DENGAN PESAT.

AMPUN TUANKU BERIBU AMPUN

SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN

IZINKAN PATIK MENYEMBAH MAKLUM BAHAWA BANGUNAN USAHASAMA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG DAN PROPADU ENGINEERING SDN BHD INI ADALAH SATU PROJEK MERANGKUMI 52 UNIT KEDAI 2 TINGKAT DIATAS TAPAK YANG LUASNYA 5 EKAR MILIK MAJLIS DAERAH GUA MUSANG. PROJEK INI TELAH DIMULAKAN PADA TAHUN 2005 DAN AKAN DISERAHKAN KEPADA PEMBELI PADA BULAN MEI TAHUN INI. KESEMUA 52 UNIT KEDAI INI TELAH HABIS DIJUAL DENGAN PEMBAHAGIAN 70 PERATUS BUMIPUTRA DAN 30 PERATUS BUKAN BUMI PUTRA. PROJEK INI JUGA TELAH MENELAN BELANJA SEBANYAK LEBIH KURANG 10.8 JUTA. SESUNGGUHNYA DIHARAPKAN DENGAN ADANYA PROJEK INI AKAN MEMANGKIN PERTUMBUHAN PEMBANGUNAN YANG LEBIH PESAT DI JAJAHAN INI BERLEBIH-LEBIH LAGI DENGAN KEBERANGKATAN DULI-DULI TUANKU PADA KALI INI MENJADI ‘NUQTATUL BIDAYAH” ATAU TITIK PERMULAAN KEPADA KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN DI JAJAHAN INI.

AMPUN TUANKU,

SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN

PATIK JUGA INGIN MENYEMBAH MAKLUM BAHAWA SELAIN DARIPADA PROJEK INI, BANYAK LAGI PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT AKAN DILAKSANAKAN DI JAJAHAN INI DIBAWAH KELOLAAN BERBAGAI-BAGAI AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA SEPERTI JABATAN KERJA RAYA, KESEDAR DAN PIHAK JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI. ANTARA PROJEK-PROJEK UTAMA YANG AKAN DIMULAKAN PELAKSANAANNYA PADA TAHUN INI IALAH KLINIK KESIHATAN 3 (KK 3 CERMAI 2) GUA MUSANG YANG MELIBATKAN KOS SEBANYAK RM18,500,000 DAN MASJID KEPUTERAAN DI PALOH 2 GUA MUSANG YANG MELIBATKAN KOS SEBANYAK RM 3 JUTA YANG MANA MASJID INI TELAH DISEMPURNAKAN PERLETAKAN BATU ASASNYA OLEH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN KELANTAN SENDIRI PADA TAHUN LEPAS. PATIK INGIN MENYEMBAH MAKLUM BAHAWA KERJA-KERJA PEMBINAAN MASJID KEPUTERAAN INI TELAH DIMULAKAN PADA 1 APRIL YANG LEPAS DAN DIJANGKA DAPAT DISIAPKAN PADA 28 SEPTEMBER TAHUN HADAPAN YANG MENGAMBIL MASA SELAMA 78 MINGGU. SEMOGA MASJID KEPUTERAAN JAJAHAN GUA MUSANG INI AKAN MELIMPAHKAN KEMAKMURAN DAN KEBERKATAN KEPADA MASYARAKAT SERTA RAKYAT JELATA DI JAJAHAN GUA MUSANG INI DISAMPING MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN NEGERI INI SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ISLAM YANG TERSOHOR SEHINGGA DIKENALI SEBAGAI “NEGERI SERAMBI MEKAH”.

AMPUN TUANKU

SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN

KEWUJUDAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI JAJAHAN INI YANG MENETAP DI 17 POS ORANG ASLI YANG BERJUMLAH 17,721 ORANG MENJADIKAN JAJAHAN GUA MUSANG BERBEZA DENGAN JAJAHAN LAIN DI NEGERI INI. OLEH YANG DEMIKIAN, PEMBANGUNAN DI KAWASAN ORANG ASLI JUGA TURUT DIRANGKA BAGI MENJAMIN KEMAKMURAN DAN KESENANGAN HIDUP BAGI MASYARAKAT ORANG ASLI ANTARANYA MENYIAPKAN 211 UNIT RUMAH DIBAWAH PROGRAM BANTUAN RUMAH (PBR) YANG SEDANG DILAKSANAKAN DI 36 PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI JAJAHAN INI YANG MELIBATKAN PERBELANJAAN SEBANYAK RM 6.8 JUTA . PEMBANGUNAN BERSEPADU DI KAWASAN PENEMPATAN ORANG ASLI AKAN TERUS DILAKSANAKAN DI JAJAHAN INI LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN SURI TELADAN YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH USRAH DIRAJA DENGAN KEBERANGKATAN YAM CIK PUAN TEMENGGONG KELANTAN PADA 7 APRIL 2009 YANG LALU DI KAMPUNG JEK JOG, POS BROOKE, GUA MUSANG UNTUK MENGURNIAKAN BANTUAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI DI KAWASAN TERSEBUT. SESUNGGUHNYA KEBERANGKATAN YAM CIK PUAN TEMENGGONG ITU MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA KESINAMBUNGAN TRADISI KEPERIHATINAN USRAH DIRAJA TERHADAP KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN HAMBA RAKYAT DIBAWAH NAUNGAN KEBESARAN DULI-DULI TUANKU.

AMPUN TUANKU

SEMPAH PATIK MOHON DIAMPUN

SESUNGGUHNYA PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN YANG DIRANCANG INI MEMBUKTIKAN BAHAWA SELAIN DARIPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU PRIHATIN KEPADA PEMBANGUNAN ISLAM SEBAGAI PENAUNG AGAMA ISLAM DI NEGERI INI BAHKAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU JUGA SANGAT CAKNA TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI SELAKU KETUA PEMERINTAH DI NEGERI INI. INI BERTEPATAN DENGAN FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-QASAS AYAT 77:

MAKSUDNYA :

Dan KEJARLAH OLEH MU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT NAMUN janganlah kamu lupa MENCARI KEbahagiaAN DI DUNIA.

SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM SANGAT-SANGAT MENGANJURKAN UMATNYA AGAR MENCARI KEBAHAGIAAN DAN KESENANGAN DIDUNIA TANPA MENINGALKAN TUNTUTAN AKHIRAT KERANA DENGAN ADANYA KESENANGAN DI DUNIA MEMUDAHKAN KITA MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.

AMPUN TUANKU,

SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN

PATIK BESERTA PACAL HAMBA RAKYAT JAJAHAN GUA MUSANG MENJUNJUNG KASIH DAN MENZAHIRKAN KEBANGGAAN YANG TIDAK TERHINGGA PADA HARI YANG PERMAI INI DI ATAS LIMPAH PERKENAN TUANKU MENCEMAR DULI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN USAHASAMA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG DAN PROPADU ENGINEERING SDN BHD

SESUNGGUHNYA KEPRIHATINAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SENTIASA DIJULANG TINGGI DENGAN PENUH KEBESARAN, KEMULIAAN DAN KEHORMATAN DI BAWAH SINGGAHSANA PAYUNG UMMAH PEMBELA RAKYAT.

TANAM TEBU TUMBUH KELAPA

TERBIT BUNGA PUCUK MATI

BUDI TUANKU PATIK TAK LUPA

SUDAH TERPAHAT DIDALAM HATI

PADI DAN NANAS TANAM DI TANJUNG

TEMPAT PIPIT BERBUAT SARANG

KESETIAAN DIJUNJUNG,RAJA DISANJUNG

HIDUP AMAN DIKENANG ORANG

AMPUN TUANKU,

PATIK MEWAKILI PACAL-PACAL AHLI JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN ULANGTAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN PERINGKAT JAJAHAN GUA MUSANG MEMOHON AMPUNI PERKENAN TUANKU UNTUK MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA :-

1. YAB TUAN GURU DATO’ MENTERI BESAR DAN DATIN,

2. YB DATO’ SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI DAN DATIN,

3. YB DATO’ PEGAWAI KEWANGAN NEGERI DAN DATIN

4. YB PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI DAN ISTERI,

5. YABHG DATO’ PENGELOLA ISTANA D’RAJA DAN DATIN,

6. YABHG DATO' KETUA HAKIM SYARIE DAN DATIN

7. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, DATO’ DATO’, TENGKU-TENGKU, DIF-DIF JEMPUTAN DAN PARA HADIRIN SEKELIAN.

PATIK JUGA INGIN MENYAMPAIKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA PIHAK, TERUTAMANYA:

Ø PEJABAT SULTAN KELANTAN

Ø PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Ø DAN SEMUA JABATAN-JABATAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN, BADAN-BADAN BERKANUN DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN DALAM PELBAGAI BENTUK SEHINGGA MENJAYAKAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN USAHASAMA MAJLIS DAERAH GUA MUSANG DAN PROPADU ENGINEERING SDN BHD PADA HARI INI.

DIIRIK HANYA PADI

DIPINANG SIGADIS DESA

DIINGAT HANYA BUDI

DIKENANG HANYA JASA

MARILAH KITA BERDOA KE HADRAT ALLAH S.W.T AGAR SEGALA USAHA YANG KITA LAKUKAN INI MENDAPAT KERAHMATAN DAN BARAKAH SEPANJANG MASA, MENDATANGKAN MANAFAAT KEPADA SEMUA PIHAK DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. MUDAH-MUDAHAN KITA DIKURNIAKAN KEKUATAN UNTUK TERUS BERBAKTI KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

AMPUN TUANKU,

SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN

AKHIR KATA, SEBELUM UCAPAN PATIK DINOKHTAHKAN, PATIK SERTA PACAL AHLI JAWATANKUASA, MEMOHON AMPUN SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN DAN KECACATAN PADA MAJLIS INI, SESUNGGUHNYA, YANG BAIK DAN SEMPURNA ITU, DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T. DAN SEGALA KEKURANGAN ITU, DATANG DARI KELEMAHAN PATIK SENDIRI.

SEKALI LAGI, PATIK DAN PACAL AHLI JAWATANKUASA, SERTA HAMBA RAKYAT SEKALIAN DENGAN SEJILAH HATI, SETULUS BUDI INGIN MENYEMBAH TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAGI, SEJATI DAN ABADI, KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN KELANTAN DAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PEREMPUAN KELANTAN YANG MENAUNGI DAN MEMERINTAH SELURUH HAMBA RAKYAT SEKALIAN.

PATIK POHON MENGAKHIRI UCAPAN PATIK DENGAN MEMOHON KEHADRAT ALLAH S.W.T SEMOGA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN KELANTAN DAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PEREMPUAN KELANTAN DAN PADUKA-PADUKA ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI, SERTA SELURUH USRAH DIRAJA SEKALIAN, SENTIASA DALAM PEMELIHARAN ALLAH S.W.T, DENGAN BERTAMBAH-TAMBAH DAULAT, KEMULIAAN DAN KEBESARAN SERTA BARANG DILANJUTKAN USIA ZAMAN PEMERINTAHAN DULI-DULI TUANKU, DI ATAS TAKHTA KERAJAAN, MEMERINTAH DENGAN ADIL DAN SAKSAMA, SEBAGAI PELINDUNG KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SEKELIAN.

AMPUN TUANKU,

SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH,

WASSALAMUALAIKUM

WARAHMATULLAHI

WABARAKATUH ..............

“KESETIAAN DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG”

No comments:

Post a Comment

Post a Comment