Tuesday, September 29, 2009

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA POLIS DAERAH GUA MUSANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

1. YANG MULIA SAUDARA PENGERUSI MAJLIS

2. YDH SUPPT AHMAD TERMIZI ABD HAQ

KETUA POLIS DAERAH GUA MUSANG

3. PEGAWAI-PEGAWAI POLIS DAERAH GUA MUSANG

4. SERTA PESERTA-PESERTA KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA POLIS DAERAH GUA MUSANG YANG DIHORMATI SEKELIAN

Salam Sejahtera dan selamat pAGI.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada IBU PEJABAT POLIS DAERAH GUA MUSANG TERUTAMA TUAN OCPD, selaku tuan rumah dan penganjur kepada KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA POLIS DAERAH GUA MUSANG kerana menjemput saya untuk menghadiri dan seterusnya menyempurnakankan Majlis Perasmian KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA POLIS DAERAH GUA MUSANG kali PERTAMA di GUA MUSANG PADA HARI INI. Tahniah kepada semua warga ipd GUA MUSANG atas persiapan dan Komitmen yang jitu dan padu dalam menjayakan KEJOHANAN sukan FUTSAL PADA tahunan ini.

Tuan-tuan dan Puan–puan yang saya hormati sekalian,

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA POLIS DAERAH GUA MUSANG YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN PADA TAHUN INI DIHARAPKAN DAPAT MEWUJUDKAN warga kerja dan keluarga ipd yang cergas dan cerdas yang dapat memikul tangggungjawab yang diamanahkan TERUTAMA SEKALI DALAM MEMASTIKAN KESELAMATAN MASYARAKAT DI JAJAHAN INI DISAMPING DAPAT MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARA MASYARAKAT SETEMPAT DENGAN PIHAK POLIS SESUAI DENGAN MOTTO PASUKAN POLIS SEBAGAIMANA YANG TELAH DIISYTIHARKAN SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE 192 PADA 25 MAC 1999 IAITU ’mESRA, cEPAT DAN bETUL’.

SELAIN itu juga, acara sukan ini dapat memberi peluang kepada semua warga kerja IPD, ahli-ahli PerKEP SERTA SELURUH MASYARAKAT GUA MUSANG untuk mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain. Di samping itu, melalui temasya sukan sebegini, diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang FUTSAL yang mana boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Saya telah difahamkan bahawa sebanyak 24 PASUKAN TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KEJOHANAN FUTSAL pada kali ini. Futsal adalah bola sepak indoor yang merupakan variasi dari bola sepak konvensional. Adalah diharapkan acara sukan ini akan dapat diperkembangkan dan disenaraikan sebagai salah satu AKTIVITI TAHUNAN PASUKAN POLIS PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG. SAYA DIBERI MAKLUM BAHAWA Kesemua PASUKAN YANG BERTANDING DISERTAI OLEH pelbagai pihak dan peringkat umur YANG AKHIRNYA DAPAT MEWUJUDKAN SATU KERJASAMA YANG MEMBUAHKAN HASIL YANG TERBAIK.

Tuan-tuan dan Puan–puan yang saya hormati sekalian,

SAYA BERHARAP KEJOHANAN ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecergasan semata-mata malah diharapKAN dapat melahirkan warga MASYARAKAT yang bertanggungjawab, dinamik dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Ini kerana DALAM sukan yang dipertandingkan INI mempunyai peraturan-peraturan yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang bertanding. Mereka yang melanggar peraturan akan dihukum berdasarkan peraturan sedia ada. Di dalam sukan juga mengandungi konsep ”fair-play”, persefahaman, disiplin, taat, daya saing, perjuAngan, persediaan strategi ke arah memenangi sesuatu perLAWANAN.

Aktiviti sukan yang diadakan ini juga akan dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya membentuk insan yang berkualiti. Di samping itu, melalui aktiviti SUKAN tersebut akan mempamerkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik. Ini sekaligus dapat membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan. Yang lebih penting lagi ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara semua PEGAWAI dan para pemain yang menyertai acara sukan ini.

PEPATAH ARAB ADA MENYATAKAN :

MAKSUDNYA: AQAL YANG CERDAS DATANGNYA DARI BADAN YANG SIHAT.

TANPA KESIHATAN YANG BAIK, MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT BERFIKIR DENGAN WARAS DAN BERCELARU PEMIKIRANNYA MENYEBABKAN MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN YANG TIDAK MATANG DAN AKHIRNYA MEMBINASAKAN DIRI MEREKA SENDIRI. MAKA BERLAKULAH GEJALA TIDAK SIHAT DAN JENAYAH YANG BERTERUSAN.

OLEH SEBAB ITU RASULULLAH SENDIRI MENGANJURKAN UMATNYA SUPAYA SENTIASA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN MENGGALAKKAN UMATNYA AGAR BERSUKAN SEBAGAIMANA SABDA BAGINDA YANG BERMAKSUD : ”AJARKAN ANAK-ANAK KAMU MEMANAH DAN MENUNGGANG KUDA”

BAGINDA JUGA PERNAH BERGUSTI DENGAN AHLI GUSTI KAFIR QURAISY, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, RukaNah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengGALAKKAN kita bersukan.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKELIAN

SAYA PERHATIKAN SUKAN INI AMAT DIGEMARI PADA HARI INI OLEH GOLONGAN-GOLONGAN MUDA. INI DIBUKTIKAN DENGAN GELANGGANG-GELANGGANG FUTSAL SENTIASA DIPENUHI TERUTAMA PADA HUJUNG MINGGU. KESEMPATAN INI PATUT DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA AGAR DAPAT MEMIMPIN DAN MENDIDIK BELIA-BELIA KITA DARI TERLIBAT DENGAN AKTIVITI YANG TIDAK SIHAT. Memang tidak dinafikan bahawa "Belia pada masa ini adalah pemimpin generasinya, belia adalah juga pemimpin generasi yang lebih muda daripadanya dan belia adalah rakan kongsi pembangunan bersama generasi yang lebih dewasa daripadanya". Ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab belia adalah sangat besar dalam segala bidang. Sama ada dalam pengurusan pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, pengurusan sosial dan sebagainya. Dalam erti kata lain, belia hari ini adalah penentu kepada kepimpinan pada masa hadapan. Jika sekiranya belia hari ini tidak bersifat patriotik kepada negara, nusa dan bangsa, maka generasi yang lebih muda pastinya Kekaburan Halatuju dan Halacara. Justeru jika ini berlaku maka sudah tentu ia akan mendatangkan masalah.

DIKESEMPATAN INI SAYA MENYERU KEPADA BELIA-BELIA SEKALIAN SUPAYA MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MEMAJUKAN DIRI KEARAH YANG LEBIH BAIK. BUANGKAN SIFAT-SIFAT MALAS YANG MERUGIKAN DIRI SENDIRI DAN MASA DEPAN. ANDA ADALAH HARAPAN BANGSA DAN NEGARA. ULAMAK TERKENAL Profesor Doktor Yusuf Al-QarAdhawi ADA MELUAHKAN PERASAANNYA DENGAN MENYATAKAN:

Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku."

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta dalam semangat kesukanan yang tinggi dan harmoni. Jangan menyerah kalah sebelum berusaha. Dengan LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM , saya dengan sukacitanya merasmikan KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA POLIS DAERAH GUA MUSANG PADA TAHUN 2009 INI.

Sekian.

WABILLAHITTAUFIK WALHIDAYAH

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI

WABARAKATUH

-

No comments:

Post a Comment