Tuesday, September 29, 2009

TEKS UCAPAN YBrs. PENGERUSI PERKUMPULAN WANITA

TEKS UCAPAN

YBrs. PENGERUSI PERKUMPULAN WANITA

SEMPENA MESYUARAT AGONG PERKUMPULAN

PEREMPUAN DAERAH GUA MUSANG PADA

19 APRIL 2008

YB. DATO’ PADUKA NOZULA BIN MAT DIAH

YBM DATO’ PENGERUSI PERKUMPULAN PEREMPUAN NEGERI KELANTAN,

YABrs. KETUA JAJAHAN GUA MUSANG

PUAN-PUAN, HADIRAT YANG DI HORMATI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM W.R.T DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULILLAH, SAYA MENGUCAPKAN SEGALA KESYUKURAN KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN HIDAYAT YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH S.W.T. KEPADA KITA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MENYEMPURNAKAN MESYUARAT AGONG PERKUMPULAN PEREMPUAN DAERAH GUA MUSANG KALI KE 17 TAHUN 2008 INI.

HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,

PADA KESEMPATAN INI, SAYA SELAKU PENGERUSI PERKUMPULAN PEREMPUAN DAERAH GUA MUSANG MEWAKILI SELURUH JAWATANKUASA PERKUMPULAN PEREMPUAN DAERAH MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN PADA KALI INI.

UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YB SENATOR HAJJAH WAN HAZANI BT. HAJI WAN MOHD NOOR KERANA SUDI HADIR BAGI MERASMIKAN MESYUARAT PERKUMPULAN PEREMPUAN DAERAH GUA MUSANG PADA TAHUN INI. KESUDIAN DAN KESUNGGUHAN YANG YB SENATOR TUNJUKKAN MENCERMINKAN BETAPA YB SENATOR SANGAT PRIHATIN DAN MEMBERI PERHATIAN KEPADA KEBAJIKAN KAUM WANITA. SESUNGGUHNYA AHLI-AHLI PERKUMPULAN WANITA SANGAT-SANGAT BERBANGGA DAN BERBESAR HATI DIATAS PERHATIAN YANG DIBERIKAN.

“TERIMA KASIH DAUN KELADI”

TAHUN DEPAN SUDI-SUDI DATANGLAH LAGI.

UCAPAN TERIMA KASIH JUGA SAYA UCAPKAN KEPADA YBM DATO’ TENGKU PENGERUSI NEGERI KELANTAN KERANA SUDI HADIR PADA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG PADA KALI INI.

SESUNGGUHNYA KEHADIRAN YBM DATO TENGKU MEMBERI PERANGSANG KEPADA AHLI-AHLI UNTUK TERUS MEMBERI KOMITMEN DALAM PROGRAM-PROGRAM PERSATUAN.

TIDAK LUPA JUGA UCAPAN DAN PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA DITUJUKAN KEPADA YABrs. KETUA JAJAHAN YANG MENJADI PENDORONG DAN SENTIASA MEMBERI SEGALA KEMUDAHAN UNTUK PERSATUAN INI.

HADIRAT SEKALIAN,

KITA BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH S.W.T. WALAUPUN DIBATASI WAKTU DAN KESIBUKAN TUGAS-TUGAS SEHARIAN SEBAGAI IBU DAN ISTERI NAMUN KITA MASIH MAMPU MELUANGKAN MASA UNTUK PERSATUAN KITA SERTA MENGATUR DAN MENGIKUTI PROGRAM-PROGRAM DAN AKTIVITI BAIK DIPERINGKAT JAJAHAN MAHUPUN DIPERINGKAT NEGERI.

DENGAN KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN YANG DIPAMERKAN OLEH AHLI-AHLI MEMBOLEHKAN PERSATUAN TERUS BERGERAK MAJU LEBIH KEHADAPAN SETERUSNYA MENJADI YANG TERBAIK BAGI WANITA-WANITA DI JAJAHAN INI BERAKTIVITI DAN MENABUR BAKTI KEPADA MASYARAKAT.

ALHAMDULILLAH, SEPANJANG TAHUN 2007 BANYAK PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DAPAT DILAKUKAN OLEH PERSATUAN ANTARANYA :

A) MENYERTAI PERTANDINGAN MASAKAN ‘TERESEK’ DI TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS SEMPENA SAMBUTAN KEPUTERAAN KDYMM AL-SULTAN KALI KE 57 DAN TELAH MENDAPAT TEMPAT PERTAMA.

B) MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH SEMASA MESYUARAT AGONG PERKUMPULAN PEREMPUAN NEGERI KALI KE-53 IAITU, YURAN TERBANYAK : TEMPAT PERTAMA, AHLI SEUMUR HIDUP : TEMPAT PERTAMA, KARANGAN ESEI : TEMPAT KETIGA, MASAKAN DARI UBI KAYU : TEMPAT KEDUA, MASAKAN DARI LIDAH LEMBU : TEMPAT KEDUA DAN SAGUHATI BAGI ACARA SULAMAN MANIK DIBAJU KURUNG.

DENGAN DEMIKIAN KITA MENGHARAPKAN PADA TAHUN INI KITA AKAN MENJALANKAN PROGRAM-PROGRAM YANG LEBIH BANYAK DAN YANG LEBIH MEMBERI FAEDAH KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN KHUSUSNYA DAN SELURUH MASYARAKAT WANITA AMNYA.

HADIRAT SEKALIAN,

BERSEMPENA DENGAN MESYUARAT AGONG PADA KALI INI, SAYA MENYERU KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN AGAR DAPAT BERGANDING BAHU DAN BERKERJASAMA SERTA DAPAT MENCURAHKAN MASA, FIKIRAN DAN TENAGA DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI-AKTIVITI PERSATUAN.

AKHIR SEKALI, SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA DAN AHLI-AHLI SERTA MANA-MANA INDIVIDU YANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG YANG TELAH SAMA-SAMA MENYUMBANG TENAGA, MASA, BUAH FIKIRAN BAGI MENJAYAKAN MESYUARAT AGONG PADA KALI INI.

SELAMAT MAJU JAYA

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

WABARAKATUH

No comments:

Post a Comment

Post a Comment